Social Icons

Pages

Monday 7 September 2015

MAJLIS RESTU ILMU TAHUN 6

Majlis pada pagi ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka STARS. Semua guru dijemput untuk bersama dengan murid tahun 6 seramai 86 orang untuk meraikan majlis restu ilmu ini. Bermula dengan ucapan dari Tn. Guru Besar, Ahmad Suhaimi Said memberi sedikit ucapan dan kata-kata perangsang untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR bermula esok. Kemudian bersambung dengan ucapan dan harapan dari wakil guru-guru matapelajaran UPSR. Mantan Guru Besar STARS, iaitu Puan Sharifah Kasmani Syed Akil juga telah dijemput untuk memberi sedikit ucapan dan kata-kata semangat. Sebelum majlis berakhir, murid-murid tahun 6 telah diberi cenderahati alat tulis setiap seorang oleh tuan guru besar. Majlis telah berakhir selepas bacaan doa selamat oleh Ustaz Mahadzir Othman. Harap tahun 2015 memberi kejayaan untuk anak-anak STARS yang akan menduduki UPSR bermula esok, hari selasa 8 September 2015 hingga hari khamis, 10 September 2015. Aminn..  










0 comments :

Post a Comment

TAKWIN SEKOLAH