Social Icons

Pages

Sunday 27 September 2015

MAJLIS KORBAN DAN AQIQAH PERDANA STARS (SIRI 1)

Majlis telah bermula seawal jam 7.30 pagi. 2 ekor lembu akan dikorbankan pada hari ini. Guru dan kakitangan antara yang terlibat dalam mengambil bahagian untuk majlis korban dan aqiqah ini. Penyembelihan korban dan aqiqah telah dilaksanakan oleh guru STARS iaitu Ustaz Mahadzir Othman. Selepas majlis penyembelihan, guru-guru dan kakitangan yang telah ditugaskan telah bergotong royong memasak pelbagai jenis hidangan berasaskan daging iaitu gulai daging, daging masak merah, sup tulang daging, hati lembu goreng, ikan masin dan sayur goreng. Sementara hidangan siap dimasak, kesemua murid tahap 1 dan 2 telah dikumpulkan di dewan terbuka untuk aktiviti mewarna. Pada pukul 12 tengahari kesemua murid, guru dan kakitangan sekolah akan dijamukan dengan hidangan yang telah siap dimasak. 
































AKTIVITI MEWARNA TAHAP 1 DAN 2





0 comments :

Post a Comment

TAKWIN SEKOLAH