Social Icons

Pages

Sunday 18 January 2015

LITERASI MAKLUMAT

KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk     mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara: 
1.     Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
2.     Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
3.     Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
4.     Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,   berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5.     Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
6.     Pembangunan ICT dalam pendidikan
7.     Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
8.     Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
  Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
1.     Organisasi  maya (Virtual Organization)
2.     Bertindak  sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
3.     Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang      pelbagai
4.     Penggunaan   komputer dan sistem elektronik
5.     Setiap   organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning      Organization)
Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
1.     boleh  mengenalpasti maklumat yang diperlukan
2.     boleh  mengenalpasti bila maklumat diperlukan
3.     bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
4.     menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
5.     menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
6.     melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan      atau teknologi
7.     mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
5  ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN

1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .
2.0 KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya
 3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota
4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.
5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.

PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:
1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca



0 comments :

Post a Comment

TAKWIN SEKOLAH