Social Icons

Pages

Monday, 1 October 2012

 Tercetusnya idea SK Kompleks Seberang Takir sebagai Sekolah Siber adalah pada tahun 2010. Konsep ini telah diilhamkan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu melalui lawatan pihak JPNT ke Korea dan Singapura.

   Bagi menjayakan program Sekolah Siber ini, SK Kompleks Seberang Takir telah dibimbing dan diberi nasihat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan TOP IT iaitu sebuah syarikat pengeluar e-book dan syarikat yang menghasilkan inovasi baru dalam teknologi ICT. Selain itu TOP IT juga telah mengendalikan pengagihan peralatan ICT seperti smartboard interaktif, projektor dan komputer kelas bagi menjayakan projek kelas maya ini. Pusat Sains Negeri Terengganu juga telah diberi tanggungjawab dalam membimbing dan memberi nasihat kepada sekolah ini.

   SK Kompleks Seberang Takir adalah sekolah angkat kepada Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, EXCO Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.

0 comments :

Post a comment

AKAN DATANG


KEJOHANAN OLAHRAGA STARS 2020

TAKWIN SEKOLAH