Social Icons

Pages

Wednesday, 7 November 2012

Hari Kecemerlangan Sekolah

Sedang berlangsungnya hari kecemerlangan dan anugerah sekolah yang dirasmikan oleh YAB Dato' Hj Ahmad Razif bin Abdul Rahman,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi & Sumber Manusia.

Monday, 5 November 2012

Tahniah pada yang berjaya

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga di dalam kelas dan mendapat nombor di dalam tahun masing.   Dan pada yang tidak berjaya jangan bersedih hati..tahun depan masih ada dan rajin-rajinlah membaca buku serta membuat latihan pada cuti persekolahan nanti

Monday, 15 October 2012

Mesyuarat Sekolah

Mesyuarat  Staf Sokongan sekolah akan diadakan
pada 18 Okt 2012 (Khamis). Jam 12.00 tengah hari.

Mesyuarat  Guru SKKST  akan diadakan
pada 20 Okt 2012 (Sabtu). Jam 8.00 pagi. 

 Mesyuarat  AJK PIBG  akan diadakan
pada 24 Okt 2012 (Rabu). Jam 5.00 petang.

Monday, 1 October 2012

 Tercetusnya idea SK Kompleks Seberang Takir sebagai Sekolah Siber adalah pada tahun 2010. Konsep ini telah diilhamkan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu melalui lawatan pihak JPNT ke Korea dan Singapura.

   Bagi menjayakan program Sekolah Siber ini, SK Kompleks Seberang Takir telah dibimbing dan diberi nasihat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan TOP IT iaitu sebuah syarikat pengeluar e-book dan syarikat yang menghasilkan inovasi baru dalam teknologi ICT. Selain itu TOP IT juga telah mengendalikan pengagihan peralatan ICT seperti smartboard interaktif, projektor dan komputer kelas bagi menjayakan projek kelas maya ini. Pusat Sains Negeri Terengganu juga telah diberi tanggungjawab dalam membimbing dan memberi nasihat kepada sekolah ini.

   SK Kompleks Seberang Takir adalah sekolah angkat kepada Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, EXCO Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.

Sunday, 23 September 2012

LORONG PPDa

Tahniah kepada semua komuniti, guru dan warga SKKST kerana dapat mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan Lorong PPDa......semoga komitmen semua warga diberakati Illahi.

Sunday, 16 September 2012

Perkhemahan

Selesai sudah pelajar tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR,dan esok bermulalah perkhemahan pelajar tahun 6,walaupun perkhemahan tersebut diadakan di sekolah ianya pasti menggembirakan...yelah bagi mereka beban UPSR telah tamat dan inilah waktunya unutk bersuka ria bersama kawan-kawan..Sekolah mengharapkan selamt berkhemah dan selamat maju jaya


Tuesday, 11 September 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR

Sejak semalam 11 Sept 2012 para pelajar sedang bertarung dengan soalan-soalan peperiksaan UPSR..Semoga Allah permudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan itu..
Pihak sekolah mengucapkan selamat berjuang dan menempuh peperiksaan kepada semua calon-calon UPSR 2012 SK Kompleks Seberang Takir. Semoga tenang dan berjaya. ‘Lalai sesaat bakal mencucurkan air mata seabad’.



Saturday, 1 September 2012

Sambutan Merdeka Raya

Sambutan merdeka raya peringkat sekolah...

Sunday, 26 August 2012

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa

Selamat hari raya kepada warga SK Kompleks Seberang Takir...Walaupun beraya sakan,tapi para pelajar tahun 6 tetap dengan soalan-soalan cuti raya...hehe...Maklumlah UPSR dah dekat...apa-apa pun all the best untuk pelajar tahun 6...buat yang terbaik untuk diri dan sekolah tercinta..

Saturday, 11 August 2012

Lawatan dari PPD Yan Kedah

Lawatan ini bertujuan untuk melihat penggunaan eBook dan kelas maya...

TAKWIN SEKOLAH