Social Icons

Pages

Tuesday 10 December 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM





KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2013

14 November 2013 - Seramai 17 orang murid sekolah ini telah mendapat keputusan 5A dalam semua subjek. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh tuan guru besar pada pukul 11 pagi di dewan terbuka SKKST.





Monday 9 December 2013

MAJLIS ALUMNI SAHABAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) - PETRONAS TAHUN 2013

22 - 23 Oktober 2013 - Berlangsung selama 2 hari, bertempat di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur, majlis alumni sahabat pendidikan pencegahan dadah (PPDa) anjuran Petronas telah dihadiri oleh Cikgu Zulkifli bin Ismail dan Cikgu Mohd Kamal bin Salim.





Tuesday 3 December 2013

TAKWIM AKTIVITI AKHIR TAHUN 2013 ( BULAN OKTOBER / NOVEMBER / DISEMBER )





HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 2013

12 November 2013 - Bertempat di Dewan Terbuka SK. Kompleks Seberang Takir, satu majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 telah berlangsung dengan meriah. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh ibubapa dan semua warga SKKST. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yg Dipertua PIGB SK. Kompleks Seberang Takir iaitu YB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman (ADUN Seberang Takir) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri Terengganu. Turut hadir, pegawai dari PPD K.Terengganu iaitu........

Dalam majlis yang sama, YB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman turut menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar yang cemerlang untuk tahun 2013 serta untuk UPSR 2012.







Wednesday 13 November 2013

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

12 November 2013 - Seramai 80 orang guru, 14 orang kakitangan sekolah serta 8 orang pekerja swasta telah diraikan dalam satu majlis jamuan akhir tahun yang telah diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Gong Badak, Terengganu. Majlis bermula pada pukul 2 petang turut dihadiri oleh Naib YDP PIBG STARS dan telah berakhir pada jam 5 petang.











Sunday 8 September 2013

SEJARAH PENUBUHAN PPDa

  Pada tahun 2008, Lorong PPDa berada bersebelahan bilik Bimbingan dan Kaunseling iaitu berhampiran blok pentadbiran, maka satu keputusan diambil untuk mencari laluan baru yang lebih strategik serta menjadi tumpuan murid.

  Keputusan mengadakan lorong PPDa yang baru telah dicapai rentetan daripada satu taklimat yang dihadiri pada 10 Mac 2009.

  Pada 23 Mac 2009, laluan disebelah rawatan bersetentangan dengan laluan masuk utama telah dibangunkan untuk dijadikan Lorong PPDa yang baru. Semenjak dari tarikh tersebut lorong ini diberi nafas baru dan lebih efektif. Lorong ini menjadi fokus utama dalam usaha memberi kefahaman dan pendidikan penyalahgunaan najis dadah secara bersepadu. Sejak itu, lorong ini berkembang dengan pesat dan telah mencapai tahap terbaik untuk mencapai misi Sekolah Bebas Dadah 2012 serta Negara Bebas Dadah menjelang 2015. 

  Lorong yang dibangunkan khusus untuk mendidik serta mencegah penyalahgunaan dadah dadah ini telah mendapat pengiktirafan daripada JPN Terengganu dengan menjadi johan lorong PPDa pada tahun 2009 dan 2011. Kejayaan yang agak manis adalah mendapat tempat keempat dalam pertandingan Lorong PPDa peringkat kebangsaan pada tahun 2009. Kejayaan ini telah memberi perangsang kepada kami untuk terus menambah baik lorong ini ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang.

Visi & Misi PPDa

VISI PPDa
  • Sekolah Bebas Dadah.
MISI PPDa
  • Melahirkan murid bebas dadah yang cemerlang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah melalui pelaksanaan program PPDa yang berkesan.

Thursday 23 May 2013

My Beautiful School (23 Mei 2013)

Tarikh  :  23 Mei 2013
Hari     :  Khamis




















TAKWIN SEKOLAH